Wednesday, September 24, 2008

Aidillfitri Datang Lagi...


"Nadia....lagu mana ni, kita nak naik gi Greenwood pukul berapa?Tanya Cik Siti pada aku yang tengah sibuk bertanya pada kawan-kawan yang akan balik ke Utara nanti...Penangan Aidilfitri..Yang jauh akan kembali ke desa..yang jauh pula tertunggu2 bila akan tiba anakanda kesayangan yang hampir berbulan2 berada diperantauan...ada juga yang sibuk 'menunjuk' biskut raya...Semuanya sibuk menanti Hari Kemenangan.Hari Kembalinya kita kepada fitrah yang sebenar........Selamat Pulang Wahai Perantau...Selamat Menyambut Aidilfitri.........

Tuesday, September 23, 2008

Nikmat Pendengaran....

Sayu hati aku bila pegi melawat ke Sekolah Pendidikan Khas pada baru-baru ini...alangkah ruginya kita yang tidak pernah berfikir tentang satu nikmat yang pertama dikurniakan Allah pada kita apabila mulanya kita bernafas di alam ini...T.E.L.I.N.G.A......kata guru besar kat situ murid2 ni kebanyakannya mendapat masalah pendengaran bila terkena demam panas semasa kecik...ada juga yang disebabkan Rubella...dan bulu kucing yang kotor masuk ke perut ibu yang mengandung....sunyi aje tempatnya...Terbayang wajah adik2 yang masih kecil tersenyum dan seperti nak bagi tahu sesuatu...aku hanya dapat memandang dan melahirkan rasa simpati...tapi apakah perasaan mereka?Tak sunyikah mereka........?Beruntunglah kita yang masih mampu untuk mendengar.....