Monday, December 17, 2007

my happy family

Gambar ini diambil masa raya haji tahun lepas kat umah nenek den....saya sayang keluarga saya...semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya pada kalian dan menyenangkan urusan-urusan....jasa-jasa kalian tidak dapat saya lupakan.....

seorang wanita yang bermahkota ibu

Dugaan hidup....tenanglah

Kadang-kadang hidup ini dilimpahi seribu satu kebahagiaan, ianya datang tanpa diduga sehinggakan adakalanya kita lupa bahawa pada suatu saat kita akan di uji samada dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar masalah...tidak terfikir oleh diri kita sendiri...dugaan yang datang amat perit dan meletihkan diri ini.....tapi di sebaliknya ada sesuatu yang tersembunyi, tidak diketahui jika tidak betul mengamatinya secara mendalam....di saat itu juga ada yang cuba berdiam diri, tidak kurang yang menjauhkan diri....semuanya jelas...kawan bukan lagi kawan yang dulu selalu mengungkapkan "friendship forever" ....tapi walau apa pun yang di buat Dia tidak pernah peduli...walau seburuk mana pun hamba,sejahat manapun amal...Dia mendengar setiap rintihan hambanya.....Renungkanlah Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya,yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang,serta menyusahkan hidupmu....pasti akan damailah hatimu,kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya sesuatu yang sia-sia...bukan kerana Allah tidak tau deritanya hidupmu tapi mungkin itulahyang dia mahu kerana dia tahu segalanya mengenai hambanya...

Sunday, December 16, 2007


Aidiladha....

Aidiladha akan menjelma beberapa hari lagi.Namun apakah kita benar-benar mengerti apakah maksud perayaan ini sebenarnya?apakah dia sekadar budaya pulang ke kampung untuk menikmati daging sembelihan semata-mata?Rugilah orang-orang yang berfikiran sedemikian kerana ibadah yang disambut setiap tahun mempunyai pengertian yang amat penting bagi umat Muhammad s.a.w.